My Blog List

Saturday, 11 March 2017

BAB 5 ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

SISTEM PENDIDIKAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran pada generasi mini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Sistem Pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kerjaya. Kerajaan telah melakukan tranformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan tranformasi yang ingin dicapai setanding dengan negara maju yang lain.


Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil  kegigihan dan dedikasi pada guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan dalam Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bukti kumpulan itu tidak disangkai oleh mana-mana pihak.



1. Sebelum merdeka, terdapat lima jenis sistem pendidikan yang berbeza iaitu :

    1) Sekolah agama islam
    2) Sekolah vernakular Melayu
    3) Sekolah vernakular Cina
    4) Sekolah vernakular India

2) Sistem pendidikan tersebut mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti sukatan pelajaran, bahasa penghantaran, kemudian yang disediakan dan peluang pekerjaan.

3) Perbezaan sistem pelajaran seperti ini tidak mendorong semangat kekitaan serta persefahaman dan akhirnya menghalang perpaduan rakyat di Tanah Melayu.

4) Kerajaan British menyedari hakikat itu lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis di sekolah Cina.

5) Untuk mendapatkan jurang perbezaan pendidikan beberapa laporan pelajaran telah diadakan. Antaran laporan-laporan pelajaran yang diadakan ialah :

     a) Laporan Barnes 1951
     b) Laporan Fenn-Wu 1951
     c) Ordinan Pelajaran 1952
     d) Laporan Razak 1956

6) Laporan-laporan ini telah memberi cadangan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akhirnya membawa kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 








   




   




    



PERBEZAAN TAHAP PENDIDIKAN ZAMAN DAHULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG


Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun efektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.


PENDIDIKAN ZAMAN DAHULU

Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala India pula berasaskan negara India. Selain itu, cara mengajar guru pada masa lampau menggunakan papan tulis dan kapur untuk menjelaskan materi-materi yang diberikan oleh guru sedangkan murid mengguanakan pena pensil dan buku untuk menerima materi yang telah diberikan oleh guru yang diajarkan pada saat ini masih tentang mengajarkan nilai-nilai kehidupan sesorang anak manusia dan misi utama lembaga pendidikan adalah mengajarkan budi pekerti, etika, saling mengalah dan mendahulukan kepentingan umum di atas kepentingan peribadi. Itu yang diterapkan pada kehidupan sehari-hari di dalam keluarga mahupun masyarakat.


SUMBER PENGETAHUAN DAN INFORMASI

Zaman dahulu berita, informasi dan ilmu disalurkan dengan amat lambat. Orang-orang masih begitu susah untuk mendapatkan maklumat dan informasi. Pada murid hanya dapat memperoleh pengetahuan dengan membaca buku dan bertanyakan kepada guru. Tetapi sekarang sudah berubah dengan kemajuan teknologi dan media komunikasi yang diperkembangkan manusia seperti, televisyen, radio, gajet-gajet dan surat khabar. Kecanggihan media informasi ini sangat memudahkan murid untuk memperolehi informasi.


TEMPAT DAN SEKOLAH


Pada zaman dahulu, masih jarang sekolah yang dibangunkan dan kemudahan yang disediakan tidak lengkap. Ibubapa pada masa dahulu tidak mengambil berat terhadap pendidikan dengan menggangap pendidikan itu tidak penting. Mereka lebih suka anak-anak mereka membantu mereka di ladang beebanding menghantar anak-anak ke sekolah. Sekolah paada zaman dahulu tidak banyak ditubuhkan berbanding  sekarang telah banyak sekolah dibangunkan untuk anak-anak mereka.




Image result for gambar pendidikan zaman dahulu dan sekarang

        SISTEM PEMBELAJARAN PADA ZAMAN DAHULU




Image result for gambar pendidikan zaMAN sekarang

      SISTEM PEMBELAJARAN ZAMAN SEKARANG





CONTOH VIDEO PEMBELAJARAN ZAMAN DAHULU




Thursday, 9 March 2017

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

- Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa penghantar, sukatan mata pelajaran dan kurikulumnya.

- Terkandung salam Penyata Razak 1956 Dan Ordinan Pelajaran 1957.

- Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960.

- Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961.

- Jawatan Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapai objektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara.

- Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pads tahun 1979.



MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

- Menubuhkan satu sistem Pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara Dan menggalakan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

- Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sebagai satu penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum Dan menyediakan tenaga kerja salam bidang ekonomi.



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

- Berasaskan pendekatan keseimbangan J.E.R.I

-Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu mencapai kesejahteraan diri lalu menyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat Dan negara.


SEKOLAH AGAMA ISLAM

- Terdiri daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama.

- Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.

- Dibiayai sendiri.

- Bebas daripada kawalan British.

- Mempunyai pengajian peringkat sekolah rendah Dan menengah.

- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Dan  India.



SEKOLAH TAMIL

- Ditubuhkan oleh pihak ester sebagai satu tanggungjawab social.

- Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan negara India.

- Guru yang mengajar juga dibawa masuk Dari India.

- Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.

- Kurang mendapat sambutan kerana ibubapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang.

- Tidal mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan.


SEKOLAH CINA

- Ditubuhkan boleh pihak persediaan Dan parti-parti politik.

- Sukatan pelajaran, tenaga pengajar dan buku teks dibawa dari negara China.

- Berkembang pesat sebagai institusi Ilmu, budaya dan bahasa Cina di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

- Mendapat sokongan penah masyarakat China.

SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

- Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

- Dibiayai boleh British.

- Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah.

- Dibina di kawasan kuar bandar.

- Persekitaran belajar yang daif.

- Tidak berpeluang until menjawat jawatan tinggi.

- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).