Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran pada generasi mini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Sistem Pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kerjaya. Kerajaan telah melakukan tranformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan tranformasi yang ingin dicapai setanding dengan negara maju yang lain.
Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil kegigihan dan dedikasi pada guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan dalam Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bukti kumpulan itu tidak disangkai oleh mana-mana pihak.
1. Sebelum merdeka, terdapat lima jenis sistem pendidikan yang berbeza iaitu :
1) Sekolah agama islam
2) Sekolah vernakular Melayu
3) Sekolah vernakular Cina
4) Sekolah vernakular India
2) Sistem pendidikan tersebut mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti sukatan pelajaran, bahasa penghantaran, kemudian yang disediakan dan peluang pekerjaan.
3) Perbezaan sistem pelajaran seperti ini tidak mendorong semangat kekitaan serta persefahaman dan akhirnya menghalang perpaduan rakyat di Tanah Melayu.
4) Kerajaan British menyedari hakikat itu lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis di sekolah Cina.
5) Untuk mendapatkan jurang perbezaan pendidikan beberapa laporan pelajaran telah diadakan. Antaran laporan-laporan pelajaran yang diadakan ialah :
a) Laporan Barnes 1951
b) Laporan Fenn-Wu 1951
c) Ordinan Pelajaran 1952
d) Laporan Razak 1956
6) Laporan-laporan ini telah memberi cadangan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang akhirnya membawa kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun




PERBEZAAN TAHAP PENDIDIKAN ZAMAN DAHULU, SEKARANG DAN AKAN DATANG
Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun efektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.
PENDIDIKAN ZAMAN DAHULU
Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala India pula berasaskan negara India. Selain itu, cara mengajar guru pada masa lampau menggunakan papan tulis dan kapur untuk menjelaskan materi-materi yang diberikan oleh guru sedangkan murid mengguanakan pena pensil dan buku untuk menerima materi yang telah diberikan oleh guru yang diajarkan pada saat ini masih tentang mengajarkan nilai-nilai kehidupan sesorang anak manusia dan misi utama lembaga pendidikan adalah mengajarkan budi pekerti, etika, saling mengalah dan mendahulukan kepentingan umum di atas kepentingan peribadi. Itu yang diterapkan pada kehidupan sehari-hari di dalam keluarga mahupun masyarakat.
SUMBER PENGETAHUAN DAN INFORMASI
Zaman dahulu berita, informasi dan ilmu disalurkan dengan amat lambat. Orang-orang masih begitu susah untuk mendapatkan maklumat dan informasi. Pada murid hanya dapat memperoleh pengetahuan dengan membaca buku dan bertanyakan kepada guru. Tetapi sekarang sudah berubah dengan kemajuan teknologi dan media komunikasi yang diperkembangkan manusia seperti, televisyen, radio, gajet-gajet dan surat khabar. Kecanggihan media informasi ini sangat memudahkan murid untuk memperolehi informasi.
TEMPAT DAN SEKOLAH
Pada zaman dahulu, masih jarang sekolah yang dibangunkan dan kemudahan yang disediakan tidak lengkap. Ibubapa pada masa dahulu tidak mengambil berat terhadap pendidikan dengan menggangap pendidikan itu tidak penting. Mereka lebih suka anak-anak mereka membantu mereka di ladang beebanding menghantar anak-anak ke sekolah. Sekolah paada zaman dahulu tidak banyak ditubuhkan berbanding sekarang telah banyak sekolah dibangunkan untuk anak-anak mereka.

SISTEM PEMBELAJARAN PADA ZAMAN DAHULU

SISTEM PEMBELAJARAN ZAMAN SEKARANG
CONTOH VIDEO PEMBELAJARAN ZAMAN DAHULU
No comments:
Post a Comment